Nadi Ilmu Amalan Membaca
‘NILAM’ atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan penggabungan
atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah
dengan memberi pengiktirafan yang sesuai.
Apakah
matlamat program NILAM?
Matlamat
Program NILAM ialah supaya terbina tabiat membaca dalam kalangan murid.
• Menjadikan murid banyak
membaca
• Menggalakkan sekolah
terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca ini
Program NILAM mempunyai
dua tahap. Tahap pertama ialah untuk membina kemahiran dan menanam minat
membaca sehingga terbina satu tabiat. Tahap ini dikenali sebagai JAUHARI. Tahap
kedua pula membantu pencambahan penggunaan bahan dalam gerakan membaca. Tahap
ini dikenali sebagai RAKAN PEMBACA (RP).
TAHAP JAUHARI
Jumlah Buku
|
Pengiktirafan
|
72 - 143
|
Gangsa
|
144 -
215
|
Perak
|
216 - 287
|
Emas
|
288 ke atas
|
NILAM
|
RAKAN PEMBACA
Jumlah markah
aktiviti
|
Pengiktirafan
|
100 – 199
|
Gangsa
|
200–
299
|
Perak
|
300 – 399
|
Emas
|
400 ke atas
|
NILAM
|
GANDINGAN GURU NILAM BM & BI STF
Penyerahan Maklumat Tambahan Mengenai Nilam Yang akan di tampal setiap kelas tingkatan 1 dan 2
Diserahkan oleh: GPM Pn. Kamsinar
Kepada : Guru Nilam Pn. Ramlah
Pada: 31/03/2014

GURU NILAM STF MENGEMASKINI BUKU NILAM, PELAJAR..
YOKK SAMA-SAMA KITA KEY IN I-NILAM.



