Alhamdulillah, perasmian bulan kemerdekaan telah dijalankan walaupun secara ringkas tetapi mendapat sambutan yang positif dan menyeluruh daripada pelajar Sekolah Tun Fatimah. Encik Rahim yang merupakan salah seorang guru di STF telah menunjukkan aksi seolah-olah sedang menunggang sebuah basikal lama yang telah disediakan oleh pihak perpustakaan sebagai gimik untuk acara perasmian tersebut.Ketua tingkatan bagi setiap kelas serta para guru seterusnya dipanggil untuk naik ke pentas bagi menjayakan sesi fotografi seperti yang telah dirancangkan untuk hari itu. Lagu Keranamu Malaysia juga turut didendangkan dan para pelajar semakin bersemangat untuk menyanyikan lagu tersebut sambil mengibarkan bendera jalur gemilang masing masing. Diharapkan perasmian bukan sahaja sebagai perasmian semata-mata tetapi sebagai pembakar semangat patriotik warga STF. Merdeka..merdeka..merdeka!!!
